Monday, March 22, 2010

Atiqah...si gadis kiambang di pinggir kali


Bagaikan pokok kiambang. sungguh malang nasib seorang gadis bernama atiqah. Atiqah seorang gadis yang berperwatakan lemah lembut. sungguh manis dan pasti memikat mana-mana si jejaka kumbang jika terlihat lerekan senyuman manisnya. Pada suatu hari, atiqah mendapat tawaran bekerja sebagai kerani di kuala Lumpur. Sementelahan itu, dia telah tinggal bersama ibu saudaranya untuk tujuan berulang alik ke tempat kerja. Pada suatu hari di hujung minggu, ketika ibu dan bapa saudaranya bekerja di luar negara, atiqah si gadis kecil molek tinggal bersama sepupu lelakinya. Hal itu meyebabkan hati kecil atiqah terus gelisah memandangkan ibu saudara dan bapa saudaranya menaruh kepercayaan seratus peratus kepada anaknya untuk menjaga dirinya yang lemah dan tidak berdaya itu. Malangnya ketika atiqah nyenyak tidur, si razak tidak dapat mengawal perasaannya ketika melihat susuk tubuh montok atiqah memakai baju tidur bewarna merah. Ditambah pula wajah comel dan mulus si gadis kecil ketika tidur. Lantas si razak tidak mensia siakan peluang ini terus menerkam tubuh kecil atiqah dan menghempap sehingga tersesak nafas si gadis comel ini. Tersentak hati si gadis mulus atiqah bagaikan disambar petir......lantas dia terus meronta-ronta sedaya upaya melawan..….akan tetapi apakah daya si razak terus menggomol…terus menyelinap setiap ruang tubuh kecil yang tidak berdosa ini….si atiqah terus berusaha untuk mempertahankan dirinya kerana kuatir razak terus melakukan sesuatu yang amat ditakutinya…. lantas si razak terus terus berani cuba untuk menceroboh ruang mahkota yang selama ini si gadis atiqah cuba pertahankan!!! Tidak!!! Sungguh ktitikal keadaan atiqah kerana dalam beberapa saat sahaja kesuciannya bakal akan diragut oleh razak. Menjerit hati kecil atiqah sambil berlinangan air mata. Sungguh marah hati dan perasaan atiqah sehingga merah padam mukanya. Apakah dosanya sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Lantas atiqah menolak razak sehingga tercampak ke siling.sebelum razak berjaya menyelinap dalam ruang mahkotanya. Dan ditangkap terus kaki razak ketika razak jatuh dari siling dan diputarkan si razak bagaikan helikopter. Selepas razak pening atiqah tidak berhenti setakat itu, lantas atiqah membuat gaya F1 ala ala John Cena sehingga sakit pinggang razak. Lantas atiqah membuat kunci “angle lock” dicipta khas penggusti Kurt Angle membuatkan si razak terus meraung. Lantas atiqah membuat gaya yang dianggap lagenda dalam dunia gusti iaitu “Hulk Hogan Body Slam on Andre The Giant” pada kejohanan Wrestlemania membuatkan tulang belulang razak terus berkecai….tetiba atiqah dikejutkan suara….Adik! Adik! lantas atiqah menyepak mahligai razak yang rupa rupanya cuba mengejut adik sepupunya solat subuh menyebabkan razak terus meraung kesakitan…Alamak! saya bermimpi rupanya…ehehehehe…lantas atiqah control ayu dan wat muka comel innocent sambil tersengeh manis melihat razak menahan senak ...…huhu..jangan marah ye?



1 comment:

  1. hantoooooooooo!! nape razak tu gemok sgt ke sampai sesak nafas? len kali suh razak diet sket ea..heheee.. kesengalan tercipta untuk mu abang.

    ReplyDelete