Friday, March 19, 2010

Kisah percintaan dyesebel dan fredo



Drama bersiri astro ini sungguh menyentuh perasaan. Anda boleh menonton di Astro Prima setiap hari isnin - rabu jam 12.30 mlm - 1.30 pagi. Pehhh....romantik betol citer ini. Kisahnya bermula apabila dyesebel si ikan duyung jatuh hati dengan fredo ketika zaman kanak-kanaknya. Fredo telah menyelamatkannya ketika dia tersangkut pada jaring. Kemudian apabila dewasa ditakdirkan fredo telah lemas lalu diselamatkan dyesebel. Tetapi fredo tidak menyedari kerana pengsan. Lalu dyesebel nekad pergi ke darat dengan bantuan mutiara ajaib dari amafura. Akan tetapi pertukarannya dyesebel menjadi watak hodoh dengan gelaran isabel. Di sinilah bermulanya kisah sedih apabila menjadi orang gaji fredo dan didera oleh ibu kandungnya sendiri (hilang ingatan apabila ingin mendapat kaki dari amafura - Ratu Lucia) tetapi sering dibela oleh fredo. Malanganya puteri berbola (watak jahat - puteri Ratu Dyanga) yang juga jatuh cinta pada fredo telah menukarkan diri menjadi watak dyesebel yang jelita dan cuba menggoda fredo dan telah menghilangkan ingatan fredo terhadap dyesebel. Lalu isabel(dyesebel) sangat kecewa dan cuba membongkar rahsia sebenar berbola. Akan tetapi dia dihalau oleh ibu kandungnya sendiri lalu tinggal dengan Guado (si duyung juga) dan mengatur stategi untuk memikat kembali fredo kesayangannya.....

Adakah happy ending or sad ending??? Apa lagi...tonton la...huhu




No comments:

Post a Comment