Friday, March 19, 2010

Punca kemalangan - Pemandu perlu bersikap lebih prihatin


Punca kemalangan disebabkan pemandu. Kenderaan tidak akan bergerak tanpa pemandu. Kedegilan pemandu mematuhi had laju yang dibenarkan dan tidak memakai tali pinggang keledar dilihat antara faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan. Disini saya senaraikan "pattern" kemalangan di Malaysia yang perlu diubah oleh pemandu kita. Antara punca kemalangan adalah

1) Pemandu gagal untuk memotong – sekiranya anda seseorang yang sangat gemar memotong, berfikirla terlebih terdahulu kerana "major problem" isu di Malaysia adalah disebabkan kegagalan memotong. Punca kemalangan sememangnya adalah berpunca daripada kelalaian pemandu yang gemar memotong di garisan double line dan deretan kenderaan.

2) Pemandu hilang kawalan di selekoh – kegagalan ini disebabkan pemandu gagal untuk menggunakan halaju yang selamat di selekoh. Sepatutnya pemandu sudah alert di selekoh kita perlu mengurangkan kelajuan. Pemandu perlu sedar bahawa di selekoh mempunyai tahap kesendengannya yang tersendiri. Sekiranya halaju pemandu melebihi halaju yang sesuai dengan tahap kesendengan selekoh, sebab itu sering berlaku kejadian hilang kawalan di kedudukan selekoh. Kalau anda hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan...faham-faham ajela......

3) Pemandu yang mengejar lampu merah – boleh didefinisikan sebagai ”running red light collision”. Ada pendapat yang mengatakan apabila lampu kuning kita perlu menekan minyak untuk melepasinya. Adakah anda tahu risikonya? Kebiasaanyanya lampu kuning memberi peluang kepada pemandu 3 SAAT. Lampu merah 2 SAAT dan kesemua merah (setiap simpang kenderaan berhenti seketika – all red) hanya 2 SAAT. Jadi hanya 7 saat untuk memberi peluang kepada pemandu untuk melepasinya....Kalau tak lepas risiko kemalangan maut sangat tinggi kerana apabila dilanggar tepi kenderaan boleh melindungi kita dalam halaju 50 km/h sahaja....




No comments:

Post a Comment